Kempen Internet Selamat bersama Pelajar Sekolah Rendah di Unimap

6 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Ogos 2025, telah berlangsung Kempen Internet Selamat bersama pelajar Sekolah Rendah bersempena Program My Idol Character bertempat di Unimap. Program ini berlangsung di Dewan Kuliah Unimap bermula pada pukul 9:00 pagi sehingga pukul 2:00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai Kempen Internet Selamat dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

Sepanjang program ini berlangsung, petugas NADI memberi penerangan mengenai literasi digital iaitu aplikasi dan fungsi-fungsi aplikasi internet, had umur penggunaan media sosial, bahaya media sosial dan alternatif kepada media sosial.

Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi kesedaran kepada pelajar sekolah mengenai bahayanya internet serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali